hari-hari semalam dalam hidup ku


Ini gambar2 kenangan bagi pelajar D,Naim batch 2004 & 2005..

Gambar2 ni sekitar tahun 2010..walaupun dah jauh time meninggalkan sekolah, tapi selalu kami berjumpa dan duduk sambil bernostalgia kenangan2 lama..entahlah kenapa peristiwa semalam tidak2 busuk2 dari kami..semacam ada semangat yang membakarnya..

Walaupun ketika itu kami jauh dari bumi D.N…tapi masih mahu berjumpa atas alasan2 yang tak munasabah..hahaha..

semoga nnt kita dapat berjumpa lagi..alangkah indah jika kita boleh buat di sekolah dan mungkin kita boleh sama2  MEMBERI setelah kita sama2 MENERIMA... 





*nota: (Maaf tulisan kali ini agak kurang formal dan x mengikut format SPM. Mohon maaf ku pinta kepada guru2 B.M ku..)
(dan siapa yang mahu masukkan gambar, sangat dialu-alukan, boleh hantar ke E-mail)

Bangunan SMADN ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’

Wartawan Sinar Harian
10 Februari 2012 
KUALA KRAU - Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Darul Naim (SMADN), dekat sini, keliru dengan status permohonan mereka untuk membaiki dan menaik taraf prasarana sekolah itu.

Yang Dipertua PIBG, Abdul Raghani Jaafar berkata, pada Januari 2011, sekolah itu menerima kunju-ngan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Menurutnya, dalam kunjungan itu, Wan Abdul Wahid melihat sendiri keadaan sebenar sekolah itu yang sangat daif dan memerlukan pembinaan serta baik pulih untuk keselesaan pelajar.











Galeri SMA Darun Naim






Tanggungjawab...


Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Di samping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Organisasi Alumni Dar al-Naim 2012

Organisasi ini tidak bersendirian dalam menjalankan rangkaian kerja Alumni Dar al-Naim, bahkan ia diselenggara oleh 3 badan penyelaras yang bernaung di bawah Organisasi Alumni Dar al-Naim untuk mencapai matlamat organisasi.


Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia akan di ketuai oleh Ikmal Johari dan beliau akan melantik beberapa orang ahli untuk membantu dan akan di umumkan.

Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur Tengah masih dalam proses undian pelantikan jawatan dan akan diumumkan tidak lama lagi. Persatuan Bekas Guru pula masih belum ditubuhkan lagi.

Kami (Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur) mengharapkan pengurusan Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia dapat menubuhkan badan bertindak yang ketiga iaitu Persatuan Bekas-Bekas Guru dengan membuat perjumpaan bersama bekas-bekas guru seperti cikgu Syikin / us Yahya / us Ali Mat Dasir atau selain mereka bagi melengkapi pertubuhan ini.


BERSAMA MEMAJUKAN DARUN NAIM

Mohd Azril Mohd Anuar
Ahli Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur Tengah
Kaherah, Mesir.