Bangunan SMADN ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’

Wartawan Sinar Harian
10 Februari 2012 
KUALA KRAU - Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Darul Naim (SMADN), dekat sini, keliru dengan status permohonan mereka untuk membaiki dan menaik taraf prasarana sekolah itu.

Yang Dipertua PIBG, Abdul Raghani Jaafar berkata, pada Januari 2011, sekolah itu menerima kunju-ngan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Menurutnya, dalam kunjungan itu, Wan Abdul Wahid melihat sendiri keadaan sebenar sekolah itu yang sangat daif dan memerlukan pembinaan serta baik pulih untuk keselesaan pelajar.











Galeri SMA Darun Naim






Tanggungjawab...


Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Di samping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Organisasi Alumni Dar al-Naim 2012

Organisasi ini tidak bersendirian dalam menjalankan rangkaian kerja Alumni Dar al-Naim, bahkan ia diselenggara oleh 3 badan penyelaras yang bernaung di bawah Organisasi Alumni Dar al-Naim untuk mencapai matlamat organisasi.


Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia akan di ketuai oleh Ikmal Johari dan beliau akan melantik beberapa orang ahli untuk membantu dan akan di umumkan.

Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur Tengah masih dalam proses undian pelantikan jawatan dan akan diumumkan tidak lama lagi. Persatuan Bekas Guru pula masih belum ditubuhkan lagi.

Kami (Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur) mengharapkan pengurusan Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia dapat menubuhkan badan bertindak yang ketiga iaitu Persatuan Bekas-Bekas Guru dengan membuat perjumpaan bersama bekas-bekas guru seperti cikgu Syikin / us Yahya / us Ali Mat Dasir atau selain mereka bagi melengkapi pertubuhan ini.


BERSAMA MEMAJUKAN DARUN NAIM

Mohd Azril Mohd Anuar
Ahli Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur Tengah
Kaherah, Mesir.

Pembuka Bicara

Assalamu’alaikum wbt.

Buat pertama kalinya, laman mengenai Alumni SMA Dar al-Naim ditubuhkan. Ia bagi menjayakan agenda untuk mengumpulkan kembali bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas guru sekolah ini. Alumni ini bukan hanya alumni sekolah biasa tetapi ia sebenarnya merupakan sebuah alumni yang berbentuk organisasi dalam membangun, menguatkan dan membantu sekolah ini.

Di dalam menjayakan alumni sekolah ini, ia dibina melalui satu badan organisasi dan dibahagikan kepada tiga badan. Organisasi ini dinamakan dengan Alumni SMA Dar al-Naim. Di bawah organisasi ini terdapat tiga badan yang menjadi tulang belakang dan kekuatan organisasi ini iaitu Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia, Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur Tengah dan Bekas-Bekas Guru Dar al-Naim

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Kuala Krau di dalam daerah Temerloh, Pahang. Antara cabaran besar dalam menggalas visi dan misi alumni ini adalah mengumpulkan bekas pelajar-pelajar sekolah ini. Apabila matlamat untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajar SMA Dar al-Naim berjaya, maka agenda seterusnya adalah dengan menjalankan program-program ke atas sekolah ini yang berbentuk meningkatkan tahap kualiti intelektual para pelajar, aktiviti kesukanan dan seumpamanya.

Harapan semoga organisasi ini berjaya ditubuhkan dengan kekuatan daripada bekas-bekas pelajarnya sendiri di dalam memberi sumbangan kepada sekolah yang telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada para pelajarnya. Kini, bekas-bekas pelajarnya di dalam usaha untuk memberikan sumbangan yang terbaik buat sekolah yang tercinta.


Ikmal Johari
Presiden Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia.