Assalamu’alaikum wbt.

Buat pertama kalinya, laman mengenai Alumni SMA Dar al-Naim ditubuhkan. Ia bagi menjayakan agenda untuk mengumpulkan kembali bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas guru sekolah ini. Alumni ini bukan hanya alumni sekolah biasa tetapi ia sebenarnya merupakan sebuah alumni yang berbentuk organisasi dalam membangun, menguatkan dan membantu sekolah ini.

Di dalam menjayakan alumni sekolah ini, ia dibina melalui satu badan organisasi dan dibahagikan kepada tiga badan. Organisasi ini dinamakan dengan Alumni SMA Dar al-Naim. Di bawah organisasi ini terdapat tiga badan yang menjadi tulang belakang dan kekuatan organisasi ini iaitu Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia, Persatuan Pelajar Dar al-Naim Timur Tengah dan Bekas-Bekas Guru Dar al-Naim

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Kuala Krau di dalam daerah Temerloh, Pahang. Antara cabaran besar dalam menggalas visi dan misi alumni ini adalah mengumpulkan bekas pelajar-pelajar sekolah ini. Apabila matlamat untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajar SMA Dar al-Naim berjaya, maka agenda seterusnya adalah dengan menjalankan program-program ke atas sekolah ini yang berbentuk meningkatkan tahap kualiti intelektual para pelajar, aktiviti kesukanan dan seumpamanya.

Harapan semoga organisasi ini berjaya ditubuhkan dengan kekuatan daripada bekas-bekas pelajarnya sendiri di dalam memberi sumbangan kepada sekolah yang telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada para pelajarnya. Kini, bekas-bekas pelajarnya di dalam usaha untuk memberikan sumbangan yang terbaik buat sekolah yang tercinta.


Ikmal Johari
Presiden Persatuan Pelajar Dar al-Naim IPT se-Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia.